by JiaShah
Majlis ini telah berlangsung 9-11 April 2017 yang lalu.
|
Unisel ingin lahirkan siswa aktif berpesatuan.
|
Sempena Hari Pengenalan Kelab dan Persatuan 6.0 yang telah berlangsung di Dewan Pro-Canselor UNISEL kampus Shah Alam hari ini, Universiti Selangor (UNISEL) berhasrat untuk melahirkan mahasiswa yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik malahan juga aktif dan cergas dalam bidang kokurikulum. Program ini anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Selangor ini merupakan program tahunan yang sudah memasuki tahun keenam.
Antar objektif utama Hari Pengenalan Kelab dan Persatuan 6.0 ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kelab dan persatuan yang ada ditawarkan di UNISEL, khususnya kepada mahasiswa tahun pertama. Ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai kelab dan persatuan yang ada di UNISEL di samping menggalakan mahasiswa untuk bergiat secara aktif di luar bilik kuliah.
Antara kelab dan persatuan yang membuka gerai bagi mempromosikan aktiviti mereka pada hari tersebut adalah Jemaah Seni, Indian Cultural and Language Society, Accounting Club, SDC, Predators Rugby Club, CMC, Taekwando, Bola Jaring dan banyak lagi. Rata- rata mahasiswa yang hadir pada hari tersebut memberikan reaksi positif dan memuji usaha MPP dalam memperkenalkan kelab dan persatuan kepada mahasiswa yang hadir.
HASRIL ABU HASSAN
Pengara Komunikasi Korporat
|
Kelab dan Persatuan Business Managmenent Club |
|
Kelab dan persatuan Volleyball |
|
Kelab dan persatuan Predators Rugby Club |
|
Kelab dan persatuan DBMC |
|
Kelab dan persatuan Indian Cultural and Language Society |
No comments:
Post a Comment