DUNIA BAHASA KITA
PONMALAR
SEJARAH PERKEMBANGAAN DAN ASAL USUL BAHASA MELAYU
Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang melayu. Asal usul bangsa melayu sehimgga sekarang masih kabur tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik ken (Belanda) dan Robert Von Heine Gelden (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.
Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok austronesia iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara. Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masihi. Kira-kira tahun 1500 tahun Sebelum Masihi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah asia tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang melayu-proto seperti orang-orang jakun, mahmeri, jahut, temuan, biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan hutan dan pedalaman. Golongan melayu-deutro ini dikatakan nenek moyang masyarakat melayu yang ada pada masa kini. Bahasa melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga Austronesia, terdapat rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina. Bahasa melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara di bawah golongan bahasa Sumatera. Bahasa melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Srivijaya. Pada waktu itu,BM kuno telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifat bahasa melayu yang bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa melayu juga tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbandimg bahasa Jawa. Oleh sebab agama Hindu mejadi pegangan orang melayu ketika itu, bahasa melayu banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa sanskrit yang menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuan (kearjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa sanskrit dianggap sebagai bahasa sarjana dan digunakan oleh bangsawan. Bahasa sanskrit dianggap sebagai bahasa sarjana dan digunakan oleh bangsawan. Bahasa melayu juga mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan. Pengaruh agama islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13 turut memberi kesan kepada perkembangan bahasa melayu. Kedatangan islam ke Tanah Melayu telah banyak mengubah sistem bahasa melayu terutama dari aspek kosa kata, struktur ayat dan sistem tulisan.
Abad ke-13 merupakan waktu bermulanya zaman peralihan di kepulauan melayu dengan berkembangnya agama islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa melayu. Pengaruh india sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh islam dan arab. Kegemilangannya bahasa melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu zaman kerajaan melaka, zaman kerajaan acheh dan zaman kerajaan Johor-riau. Zaman penting bagi bahasa melayu ialah pada zaman kerajaan melayu melaka. Kerajaan melayu melaka yang telah menerima islam dan berjaya membina empayar yang luas. Bahasa melayu telah menjadi alat penyebaran agama islam ke seluruh kepulauan melayu. Bahasa melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan jawi. Perbendaharaan kata juga yang telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban islam. Keagungan kesultanan melaka jelas tergambar di dalam "sejarah melayu" oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam bahasa melayu yang sangat tinggi nilainya. Kedatangan orang-orang eropah dan kejatuhan kesultanan melaka ke tangan portugis pada tahun 1511 masehi tidak menamatkan pengaruh bahasa melayu. Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan melayu.
Bahasa melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19, hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa melayu moden kerana sifatnya yang dikatakan agak menyimpang dengan bentuk bahasa melayu klasik. Sebelum penjajahan British, bahasa melayu mencapai kedudukan tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan islam. Selepas perang dunia kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar dalam sistem pendidikan. Akta bahasa kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan persekutuan, negeri, tempatan, dan badan berkanun). Laporan Razak 1956 mencadangakan agar bahasa melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dan menjadi alat utama perpaduan antara kaum.
No comments:
Post a Comment